
Jom Selamatkan 1,000 Murid Cicir
Disebabkan Pandemik, Unicef, WHO, World Bank, Unesco dan banyak pertubuhan pendidikan antarabangsa telah menganggarkan lebih ramai murid yang akan tercicir (lost generation) dari arus pendidikan.
Malaysia telah mencatatkan 1.6 juta murid yang tidak mampu belajar secara dalam talian dan jumlah ini paling berisiko untuk tercicir. Ayuh bersama kami, selamatkan mereka, selamatkan masa depan mereka.
Apa itu murid cicir Covid-19?
Murid dari tahun 1 hingga 6 samada bersekolah atau tidak bersekolah yang tidak dapat menguasai dengan baik 3M – membaca, menulis dan mengira pada tahap yang sepatutnya akibat daripada Pandemik dan faktor-faktor lain.
Bagaimana boleh terjadinya
kes murid cicir Covid-19
Disebabkan sekolah terpaksa ditutup, murid-murid yang sepatutnya mula menguasai 3M tidak mendapat suasana sepatutnya yang boleh menyokong dan membimbing mereka dengan baik.
Kenapa murid cicir perlu diselamatkan?
Faktor terbesar kanak-kanak tidak menyambung persekolahan adalah kerana mereka tercicir dari arus pendidikan yang sepatutnya. Menurut Unicef, jumlah ini akan bertambah 6 kali ganda jika tidak diselamatkan. Lagi ramai kanak-kanak tidak bersekolah, lagi bermasalah sistem pendidikan dan sistem sosial negara kita.
Bagaimana murid cicir boleh diselamatkan?
Murid cicir ialah rantaian masalah yang rumit. Namun, 'quick wins' yang perlu diusahakan segera ialah intervensi bertumpu untuk membimbing murid menguasai 3M sebelum mereka masuk ke tahun persekolahan seterusnya. Pihak #UntukMalaysia telah memulakan usaha ini secara bersasar.