Akaun untukmalaysia.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kelas Kita Baca Online

Kelas Kita Baca Online

Assalamualaikum,


Saya Hanis, Pengurus Projek Untuk Malaysia.


Sebelum ini, seperti yang telah dihebahkan kepada semua, kami telah memulakan projek Selamatkan 1,000 Murid Cicir. Kami telah berjaya menyelamatkan lebih 300 murid cicir yang terdiri daripada B40 setakat ini dengan bantuan Changemaker seramai 127 orang.


Bagi fasa seterusnya, kami ingin melebarluaskan lagi projek ini kepada anak-anak dari golongan M40, T20 atau yang berkemampuan. Projek ini sebenarnya ialah satu lagi usaha kami untuk dapatkan dana lebih supaya kami dapat bantu lebih ramai murid cicir yang memerlukan di seluruh negara.


Konsepnya ialah, kami akan mendidik anak-anak anda dari Tahun 1 hingga 6 yang tidak boleh membaca sehingga mereka boleh membaca. Anda perlu membayar Yuran Komitmen sebanyak RM240 sebulan bagi seorang murid. Intervensi ini akan berlangsung selama 3 bulan dengan kekerapan sebanyak 1 kelas setiap minggu.


Yuran komitmen anda ini meliputi kos:


1. 1 Murid (Anak anda)

2. Elaun kepada Changemaker (tutor terlatih bagi anak anda)

3. Kos modul dan intervensi khusus untuk anak anda yang telah dibuktikan kejayaannya

4. Kos set buku cerita terapeutik (6 buah buku) yang akan digunakan dalam intervensi


dan yang lebih penting, Yuran Komitmen anda akan menaja:


5. Intervensi khusus kepada 1 Murid B40 yang tidak berkemampuan


Kami akan berikan laporan penuh terhadap murid yang anda taja. 


Syaratnya mudah, anak anda mesti mempunyai kelengkapan belajar online yang lengkap seperti peranti dan internet. Changemaker kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin selepas anda membuat pembayaran yuran komitmen. Laporan perkembangan anak anda juga akan disediakan secara berkala.


Kejap, sebelum saya terlupa, ingin saya terangkan dulu berkenaan dengan modul khusus yang telah kami bangunkan ini, iaitu Modul #KitaBaca.


Untuk pengetahuan anda, modul ini telah dibangunkan secara khusus oleh Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak iaitu Dr Putri Afzan Maria dan juga pengasas Kinderkaizen bersama pasukan beliau.


Modul ini telah terbukti berkesan di negara-negara maju dan kini ia telah terbukti berkesan kepada murid-murid yang telah menyertai kelas #kitabaca ini.


Modul ini berasaskan aktiviti dan permainan. Dr Putri menekankan pentingnya untuk menanam minat dan semangat kepada anak-anak supaya mereka tidak bermusuh dengan 'belajar'.


Dr Putri juga telah melatih semua Changemaker kami untuk mahir dengan modul ini. Semua Changemaker yang akan melatih anak anda ialah sukarelawan Untuk Malaysia yang telah dilatih secara khusus oleh Dr Putri.


Kami yakin, insyaAllah dengan pengalaman yang ada, kami boleh memastikan anak anda boleh membaca selepas daripada menyertai Kelas #Kitabaca online ini. 


Dan lebih daripada itu, anak anda tidak lagi bermusuh dengan belajar, mereka akan sentiasa ingin tahu dan ingin belajar kerana modul kami menitikberatkan soal emosi dan semangat anak-anak sebagai bekalan mereka sepanjang masa. Itu added value dalam modul kami.


Anda boleh membayar secara bulanan atau 3 bulan terus (pilih 3 kuantiti).


Saya ucapkan terima kasih di atas kesudian anda untuk bersama kami menyelamatkan anak-anak yang tercicir. Anak-anak ini sudah terganggu dan teruji dengan banyak sekali musibah. Sedikit bantuan kita akan menyelamatkan pendidikan mereka, dan sekali gus menyelamatkan masa depan mereka.


Sekiranya ada apa-apa urusan, anda boleh hubungi saya menerusi emel:

projek@untukmalaysia.my


Sekian dulu dari saya,

Hanis Hafizah