Akaun untukmalaysia.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Biasiswa Untuk Malaysia & Bantuan Laptop Untuk Siswa

Biasiswa Untuk Malaysia dan Bantuan Laptop Untuk Siswa


Semakin hari, kos sara hidup di Malaysia kian meningkat. Harga barangan asas yang dulunya berpatutan, kini jadi semakin mahal.


Harga minyak masak, bahan basah, sayur dan susu menaik secara mendadak sehinggakan rakyat terpaksa bertukar kepada makanan yang lebih rendah khasiatnya.


Antara kelompok yang amat terkesan dengan krisis ini ialah golongan mahasiswa di universiti. Sebahagian besar dari mereka datang dari keluarga B40 dan tidak berkemampuan.


Bahkan, ada antara mereka yang sebenarnya merupakan breadwinner, atau pencari nafkah untuk keluarga. Mahasiswa kita dilaporkan ikat perut, hanya makan sekali sehari, itu pun cuma nasi bujang berlauk telur.


Dengan kenaikan kos sara hidup sebegini, mereka tersepit dan terbeban dalam menjalanlan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu.


Justeru, Untuk Malaysia ingin mengajak semua untuk menjadi sebahagian daripada support system kepada mahasiswa-mahasiswa ini. Kami lancarkan 2 bantuan untuk mahasiswa dari keluarga yang tak berkemampuan.


Pertama - Biasiswa Untuk Malaysia.

Ini merupakan elaun bulanan antara RM100-RM150, yang diberikan kepada 10 mahasiswa terpilih selama 6-12 bulan.


Kedua - Bantuan Laptop Untuk Siswa.

Untuk Malaysia berhasrat membekalkan laptop yang bernilai RM2,500 kepada 10 mahasiswa yang memenuhi kriteria.


Sasaran untuk 2 projek ini ialah sebanyak RM50,000. 


Kita cuba bantu seramai mungkin mahasiswa sebelum mereka mendaftar masuk ke semester baharu tidak lama lagi. Sebarkan posting ini kepada semua supaya kita bersama-sama boleh membantu mahasiswa-golongan penuntut ilmu yang memerlukan.


Pendidikan adalah tanggungjawab masyarakat bersama. Kita bantu mahasiswa untuk belajar dengan lebih baik.


Ubah pendidikan, ubah masa depan!


#biasiswauntukmalaysia

#laptopuntuksiswa