Akaun untukmalaysia.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Di sekolah anak kita, pasti ada di kalangan rakan mereka yang tidak boleh membaca, menulis & mengira.


Jika dibiarkan kumpulan ini terus keciciran kemahiran literasi, tak mustahil lama-kelamaan mereka terjebak dengan gejala negatif & berisiko mempengaruhi anak-anak kita.


Apakah yang dimaksudkan dengan murid cicir literasi?

Murid cicir literasi adalah kategori murid yang hadir ke sekolah tetapi masih tidak menguasai 3M (Membaca, Menulis, Mengira).

Dan ini adalah masalah yang serius kerana, statistik menunjukkan lebih 1.01 juta orang rakyat Malaysia tidak mempunyai kemahiran literasi pada 2019 (Unesco,2020). 

Fakta Penting: 8/10 murid cicir literasi datang daripada keluarga B40.

Di antara punca kenapa perkara ini terjadi adalah:

  • Pendapatan keluarga rendah, bahan bacaan, kemudahan pembelajaran terhad
  • Kurang dipantau kerana ibu bapa sibuk bekerja mencukupkan keperluan keluarga
  • Mengalami masalah malnutrisi dari lahir dek kerana kos sara hidup yang tinggi
Apa akan jadi kalau kita tak bantu mereka?

Mungkin kita tak nampak apa kepentingan membantu mereka ini sekarang.

Sebab kesannya kita boleh lihat mungkin 10-20 tahun akan datang, apabila generasi ini sudah mula bekerja.

Bayangkan bagaimana mereka nak bekerja dah besar nanti dengan keadaan tak tahu membaca, mengira & menulis? 

Dan apabila susah nak dapat pekerjaan, agak-agak apa yang mereka akan buat untuk dapatkan duit?

Tak mustahil apabila perkara ini terjadi,mereka lebih mudah terjebak dengan jenayah seperti:

  • Samun
  • Pecah rumah
  • Curi motor/kereta
  • Dadah



Kenapa kami nak bantu murid cicir literasi ini?

Kami mengambil langkah serius untuk membantu murid cicir literasi ini adalah kerana:

  • Membantu kerajaan mengurangkan kadar murid cicir literasi supaya mereka terus bersekolah melalui modul pembelajaran yang kami sediakan


  • Memberikan persekitaran yang lebih sihat untuk anak-anak kita


  • Mengurangkan kadar jenayah juvana di Malaysia


Daripada sesi pembelajaran, anak-anak ini akan pandai membaca, menulis & mengira, sekaligus dapat mengekalkan minat mereka untuk terus bersekolah.


Akhirnya, semakin ramai murid dapat dikeluarkan daripada masalah cicir literasi ini.



Bagaimana kami membantu mereka?


Melalui projek ini, kami fokus mencari & membantu murid-murid cicir literasi (berumur 7-12 tahun) di kalangan keluarga susah B40, menggunakan modul pembelajaran Kita Baca.

Modul Kita Baca akan diajar kepada anak-anak ini pada setiap minggu, oleh seorang Changemaker selama 6 -7 bulan.

Bagi memupuk semula minat untuk belajar, modul ini menggunakan teknik "phonics", untuk murid-murid ini merasa seronok & mula rasa ingin tahu.

Selepas seorang murid ini sudah boleh membaca  sendiri & faham makna satu-satu perkataan, barulah murid tersebut akan menerima “KHUTUBKANAH” (sudut bacaan) untuk memupuk mereka konsisten membaiki kemahiran literasi.


Berapa ramai murid yang sedang dibantu sekarang ini?

Setakat ini, kami sudah mempunyai 343 orang murid yang sedang dibantu.

Kos bantuan bagi seorang murid bersamaan dengan RM 2,400 setahun.

Namun, kami mensasarkan untuk mencukupkan kuota seramai 1,000 orang murid kerana masih banyak lagi permohonan yang dalam senarai menunggu.

Oleh itu, sasaran yang diperlukan untuk menjayakan projek ini adalah sebanyak: RM 2.4 Juta.




Hasil Projek:
Seramai 130 orang murid sudah berjaya dibantu & keluar dari keciciran!

Berikut adalah mereka yang sudah mendapat bantuan Projek Selamatkan Murid Cicir ini:



Terima kasih kerana peduli pendidikan buat anak-anak bangsa Malaysia kita. 

"Pendidikan adalah senjata paling ampuh untuk mengubah dunia". - Nelson Mandela

Jom bantu murid cicir agar mereka terus bersekolah & kuasi kemahiran 3M!


Memandangkan kos untuk membantu murid-murid ini menelan kos yang tinggi, kami takkan mampu menjayakan projek ini tanpa bantuan orang ramai.

Oleh itu, kami ingin mengajak anda bersama kami, bagi menjalankan tanggungjawab sebagai masyarakat Malaysia, dengan membantu murid-murid cicir ini.